Pelaburan emas fizikal mencatatkan petumbuhan nilai 20% - 30% setahun.Kami sedia memberikan bantuan untuk anda memaksimumkan pelaburan emas anda. Hubungi 012-309 2256

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Tuesday, October 5, 2010

Zakat Emas

Perkiraan Zakat Emas Perhiasan & Emas Simpanan
Daripada www.putremas.com. Harap dapat membantu anda semua....

Zakat Emas Perhiasan
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.

Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan

110gm x nilai emas semasa x 2.5%

Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf

(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%

Zakat Emas Simpanan
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...