Pelaburan emas fizikal mencatatkan petumbuhan nilai 20% - 30% setahun.Kami sedia memberikan bantuan untuk anda memaksimumkan pelaburan emas anda. Hubungi 012-309 2256

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Thursday, October 28, 2010

Tips Mengesan Emas Palsu atau Tulen

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna maka emas tersebut mungkin palsu

2. Cucukkan jarum pada emas dengan lembut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas kepada magnet. Emas tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetik. Ujian ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas, jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka emas tersebut adalah palsu.

4. Jika emas berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

6. Jika ada tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka barang kemas tersebut adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia palsu. GP bermakna Gold Platted.

7. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih perak terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau.

10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

11. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit besi.

12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, dapat merasakan sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...