Pelaburan emas fizikal mencatatkan petumbuhan nilai 20% - 30% setahun.Kami sedia memberikan bantuan untuk anda memaksimumkan pelaburan emas anda. Hubungi 012-309 2256

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Sunday, October 10, 2010

Memanfaatkan Ar-Rahnu Agro Bank


Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu)memperkenalkan terma yang sangat mesra pelabur emas di Malaysia.

Ar-Rahnu Agrobank membantu pemilik emas mendapat tunai segera dan juga membantu membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu:

Terma baru:

1. Margin pinjaman 70% walaupun gadaian pertama.

2. Nilai emas 999.9 tinggi(RM151.10 segram(15 Okt. 2010). Kadar berubah mengikut harga pasaran.

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang.RM50,000 sehari x 3 hari)

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)
Huraian terperinci.

Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, (Harga PG RM15,149.00 11/10/2010) pada kadar 148.50/gram di Ar-Rahnu Agro Bank, anda memperolehi pinjaman sehingga RM10,390.00. Wow! boleh beli lagi emas 20g,3 keping dan pajak lagi di ar-rahnu....

Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu.
5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)

Keistimewaan Ar-Rahnu.


1. Konsep pinjaman tanpa unsur riba.
Keuntungan Ar-Rahnu daripada upah simpan emas.

2. Tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan.(pinjam dulu bayarkemudian)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu.Bayaran simpanan untuk tempoh
lanjutan tersebut cuma dibayar 6 bulan akan datang.

4. Pinjaman diberikan mengikut harga emas,jadi anda akan memperolehi
keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...