Pelaburan emas fizikal mencatatkan petumbuhan nilai 20% - 30% setahun.Kami sedia memberikan bantuan untuk anda memaksimumkan pelaburan emas anda. Hubungi 012-309 2256

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Strategi Pelaburan Emas

1. Teknik Ar-Rahnu:
Pembelian emas dengan harga hari ini tetapi bayar secara ansuran selama 6 bulan atau lebih.
Ingin beli emas tapi takde cash?
Jangan risau..kami boleh bantu anda (tiada unsur riba).

Caranya?

1.Pilih produk yang dihajati kemudian sms untuk pengesahan stok/lock harga.
2.Bawa 35% down payment dari harga semasa emas (harga WE SELL) ke Cawangan Ar-Rahnu AgroBank yang berdekatan.
3.Kami akan pajakkan emas itu di atas nama anda selama 6 bulan, dan wang dari Ar-Rahnu+Wang downpayment anda akan kami ambil sebagai bayaran cash emas).
4.Anda hendaklah membayar ansuran kepada AgroBank selama 6 bulan (termasuk kos simpan emas)
5.Jika anda ingin melanjutkan pajakkan, sila selesaikan bayaran kos simpan apabila genap 6 bulan.
6.Emas itu anda boleh tebus setelah selesai tempoh panjakkan
7.Tahniah, anda berjaya membeli emas pada harga hari ini!!

Untungkah anda?
YA..kerana harga emas telah meningkat semasa berada dalam simpanan Ar-Rahnu selama 6 bulan.Terserah anda mahu terus menyimpannya atau mahu menjualkannya.Kenaikan harga emas sendiri telah menampung kos simpan emas anda di AgroBank.

Pengiraan dan data teknikal:

Jika ingin menggunakan teknik ini,ada beberapa keadaan perlu diambil kira:
1.Mampu membeli emas yang di ingini jika mampu menyimpan duit setiap bulan
Cth:Ingin memiliki 100 gram emas tetapi memerlukan masa 12 bulan untuk mengumpul duit.
Jika mampu,maka teknik ini sesuai dengan anda

2.Mempunyai disiplin yang tinggi.
Jika ya,maka teknik ini sesuai 100% dengan anda

PEMBELIAN DENGAN HANYA MEMBAYAR 30% atau 35% (tertaluk kepada jumlah pinjaman maksimum Ar-Rahnu)

Anda berhajat untuk memiliki 100 gram emas tetapi anda hanya mampu untuk memilikinya pada akhir tahun.
Harga pada bulan 1 = RM142/gram
Harga 100 gram = RM14,200.00
Simpanan bulanan = RM14,200.00/12
Jumlah = RM1184.00
Tetapi anda harus ingat,emas mengalami kenaikan sebanyak 19%-30% p.a
Ikut keadaan ekonomi dan faktor lain.
Selalunya tidak lari dari angka ini.

Bukti:
27/10/09
1 Dinar = RM515
30/09/10
1 Dinar = RM614

Kenaikan:(RM614 - RM515)/RM515 x 100% = 19%

Harga pada bulan 12 = RM142 x 19% = RM169/gram
Harga 100 gram = RM16,900.00

Maka disini:
Teknik Ar-Rahnu ini memberi anda peluang untuk anda memiliki emas 100 gram pada harga bulan 1:RM142/gram

PENGIRAAN
Harga 100 gram = RM14,200.00
Anda bawa 30% wang tunai = RM4,260

Saya akan jumpa anda di Ar-Rahnu
Berikan anda 100 gram emas dan anda teruskan dengan proses pinjaman atas nama anda.

Rate Ar-Rahnu 999 = RM148.5/gram
Nilai Marhun = RM14,850.00
Nilai pinjaman:RM14,850/00 x 70% = RM10,395.00
Upah Simpan:RM14,850/100 x RM0.60 = RM89.10

Upas Simpan bagi 12 bulan: RM89.10 x 12 = RM1,069.10


30% pada awalnya yang saya suruh bawakan = RM4,260.00
Baki bayaran kepada saya:RM14,200.00 - RM10,395.00 = RM3,805.00
Akhirnya,anda hanya mempunyai lebihan:
RM4,260.00 - RM3,805.00 = RM455.00

Keuntungan sebenar anda:
Harga pada bulan 12 - (Harga pada bulan 1 + Upah Simpan selama 12 bulan)
RM16,900 - (RM14,200 + RM1,069.2) = RM1,630.8

Akhirnya anda memiliki 100 gram anda pada harga bulan 1: RM142/gram
Tahniah!
Teknik ini dapat anda aplikasikan bagi emas lain juga
Rantai Tangan 999 | 10 20 50 100
PAMP | 100 500 1 Kilobar

2. Senario pelaburan ASB vs Emas.. Renungkan
di petik dari http://gold-millionaire.blogspot.com/

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, apabila ditawarkan dgn peluang pelaburan shj, sudah pasti akan dibandingkan dgn pulangan pelaburan di ASB.

Ironinya, untuk menjadi pelabur yg bijak anda perlu menilai dan meneliti beberapa aspek penting sebelum anda membuat keputusan utk melabur di dlm sesebuah portfolio itu.

Jika anda menjadikan pelaburan di ASB sebagai kayu ukur perbandingan yg menentukan kadar pulangan keuntungan dgn portfolio pelaburan yg lain, maka sgt jelas, nyata dan terang bahawasanya anda telah membuat penilaian yg salah, krn jika anda memahami konsep pelaburan yg sebenar, anda akn tahu bahawa anda tidak mndpt pulangan apa2 dgn melabur di ASB.

Mungkin anda mendpt dividen purata 8% setahun, sebenarnya itu bukanlah keuntungan, tetapi hanya kos utk melindungi penyusutan nilai wang simpanan anda. Keuntungan yg anda lihat hanyalah untung atas kertas (Profit On Paper).

Pasti anda tertanya2 kenapa sy memberi kenyataan ini?

Baiklah, pernahkah anda mengira berapa keuntungan bersih (Nett Profit) anda di dlm pelaburan ASB yg memberikan pulangan 8% setahun?

Sy yakin 100%, pastinya anda membuat pengiraan begini:

Cth: Simpan sebyk RM 20k x 8% = RM 1600

Pasti anda menganggap RM 1600 itu keuntungan tertinggi dan paling baik jika dibandingkan dgn mana2 portfolio pelaburan yg lain.

Pernahkah anda mengambil tahu berapakah kadar inflasi tahunan negara?
mungkin anda tidak sedar sebenarnya kadar inflasi di malaysia pd tahun ini adalah yg tertinggi selama tempoh 27 tahun iaitu sebanyak 8.5%!!!

Ini bermakna bahawa wang tunai yg anda laburkan di ASB telah pun menyusut nilainya sebanyak 8.5%!! jadi adakah pulangan purata 8% setahun itu merupakan pilihan portfolio pelaburan yg bijak?

Cara pengiraan Nett Profit pulangan pelaburan (ROI) yg sebenar ialah :


% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Jadi jika pulangan 8% - Inflasi 8.5%, sbnrnye anda tidak mendpt keuntungan, bahkan kerugian sebanyak 0.5%!! Ini dinamakan Nett Loss, bukan Nett Profit.

Ini adalah fakta.

Mungkin jumlahnya bertambah daripada RM20k menjadi RM21,600, tetapi nilai bersihnya hanya sekadar RM19,892.00 shj. Untung atau rugi?

Nilai dan Harga (dlm konteks ini ialah jumlah pulangan) adalah 2 perkara berbeza. Nilai yg tggi sudah tentu memberi gambaran bahawa ianya perlu dibayar dgn harga yg mahal, tetapi harga yg mahal belum tentu dpt memberikan gambaran ketinggian nilai sesuatu itu. Ini kerana harga adalah sesuatu yg mudah dimanipulasi, tetapi nilai adalah sesuatu yg subjektif dan sukar dimanipulasi.

Sy mencadangkan, jika anda mempunyai simpanan di bawah RM50k di dlm ASB, lebih baik keluarkan dan belikan emas, kerana emas menjamin nilai penggandaan aset anda, sdgkan wang tunai menyusutkan nilai simpanan anda.

Hanya kira dgn mudah dgn menggunakan formula spt diatas, iaitu :

% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Ok, kadar kenaikan nilai emas setakat 1 Jan 2010 - 30 Sep 2010 ialah 20%.
Jadi pengiraannya ialah:


20% - 8.5% = 11.5% (Nett Profit)


Jika anda menjual emas yg anda kpd org lain mengikut kadar semasa, anda masih untung bersih sebanyak 11.5%. Tetapi jika anda menjualnya kpd dealer, maka anda perlu menolak peratus spread jual dan beli emas.

Jika anda membeli emas Public Gold 11.5% - 5% (Spread) = 6.5% (Nett Profit)
Tetapi jika anda membeli emas di kedai emas 11.5% - 15% (Spread) = -3.5% (Nett Loss)


Tetapi Nett Profit di dlm pelaburan emas fizikal melalui formula pengiraan diatas, hanya boleh dikira jika anda telah menjualnya, dan perkiraan tersebut adalah berasaskan wang tunai yg anda dpt hasil dr jualan itu.

Jika anda masih terus menyimpannya, maka ianya akan terus memegang nilai kenaikan 20% itu dan kenaikannya terus bertambah dari semasa ke semasa. Ia tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan inflasi, sebaliknya, semakin tggi kadar inflasi negara, semakin tggi permintaan keatas komoditi ini, dan semakin tggi harganya di pasaran.

Anda dpt lihat perbezaannya kan? sy harap slps anda membaca artikel ini pastinya anda dah tau bagaimana utk memilih portfolio pelaburan yg terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...