Pelaburan emas fizikal mencatatkan petumbuhan nilai 20% - 30% setahun.Kami sedia memberikan bantuan untuk anda memaksimumkan pelaburan emas anda. Hubungi 012-309 2256

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Wednesday, October 27, 2010

Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Emas

Apa Itu Karat( K )?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

Piawai Ketulenan Emas
999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
950 Emas Kelantan atau Emas 9½
916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
875
835
750 18K mengikut ukuran lama
585 14K mengikut ukuran lama
375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 (Emas Sembilan) dan Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud.

Piawai Ketulenan Perak
958.4
925
830
800

CARA MENGUKUR PIAWAI KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan. Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN PIAWAI KETULENAN
Penandaan piawai ketulenan diwajibkan ke atas barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan piawai ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...