Pages

Wednesday, October 27, 2010

Mitos: Menyimpan Emas Fizikal Suatu Masalah

Tidak diketahui bagaimana keyakinan ini berasal. Malah ramai orang bila diminta mempertimbangkan pelaburan emas fizikal, mereka akan berfikir bahawa mereka perlu menyimpan dan menjaga emas-emas tersebut seperti yang disimpan (seharusnya) di Fort Knox atau dilihat dalam filem-filem Hollywood.

Sudah pasti, jika anda mempunyai 50 atau 100 jongkong besar 12.5 kilogram emas (seperti gambar), anda perlu membina sebuah bilik kebal untuk menyimpan pelaburan jongkong anda.

Nilai jalanan 100 jongkong emas besar ketika ini sekitar US$40 juta. Jika anda mempunyai USD$40 juta untuk melabur emas fizikal, anda pasti tidak punya masalah mengeluarkan wang untuk membina tempat penyimpanan yang selamat.

Kebanyakan pelabur di dunia akan melabur kurang dari USD$1 juta syiling emas atau jongkong emas. Dan menyimpan emas fizikal sejumlah ini bukanlah sesuatu yang sukar.

Emas sebenarnya sangat berat. Emas 70% lebih berat daripada plumbum. Spesifik Graviti emas adalah 19.32, bermakna emas 19 kali lebih berat berbanding air dengan isipadu yang sama. Sementara itu, spesifik graviti plumbum 11.34.
50g emas fizikal adalah sebesar 1 keping pisau cukur dengan ketebalan 1mm.

No comments:

Post a Comment